Thursday, August 6, 2009

Should I?


Last 3 years ago, I met with this one man. Starting from that day, he always there for me when I need. Time passed by, we had plan to get married before end of this year.
But, I’m still thinking whether to get married with him or is he will be the beginning of disaster for me in the future…
Well, I know marriage is one of our beloved Prophet Muhammad s.a.w sunnah. Those who didn’t get married are none of his umat. But the point is…I don’t want to make any stupid mistake if I take this matter for granted. Look, I have everything that woman desire…a stable career, good income, money in the bank, intelligent, beautiful car, sweet looking, young, healthy, independent…then why should I get married?
Look at my parents, they lived together without love. I saw my mother’s suffered eyes all the time. She didn’t happy with the marriage. One day, I ask her, why you picked a wrong man in your life? However, she just keeps quite. As usual.
Lately, my father beat her with a badminton racket. This is not the first time happen. Now, both of them in a divorce process. As a daughter, I'm loss a respect to my father. His betrayals for almost 10 years really put my mother in depression.For me, their marriage is just a big mistake. I put the blame to my both grandfather for their beginning intention of the marriage. All because of wealth. They don’t want their wealthy falls to unknown people. So they decided to marry their son with closes relatives only. And my mother is Perempuan Melayu Terakhir who will obey whatever her parents say.
In my situation, Of course I won’t let this mistake happen twice. Enough for my mother.
For all you guys out there, if you don’t have any intention to get married with the girl…please quit playing games with their heart. You’ll never know how hard we been through. No wonder woman nowadays is more independent and prefer to be alone.

p/s: Sometimes, it's good to be alone…but it doesn’t make us lonely.

Tuesday, August 4, 2009

Terapi renang bersama jurulatih JICA



Tarikh: 4 Ogos 2009
Masa: 8.30-11.00pagi
Tempat: Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma(SKPK)
Anjuran: JICA

Monday, August 3, 2009

Letter from my dear pupils




Ospital





Kejadian dua minggu lepas....kat Hospital Bukit Mertajam.
Doc: Ye sakit ape?
Izan: Sy demam dah sebulan.Dah ambil ubat kat klinik swasta 2 kali tapi tak baik2 jugak.
(ubat tak bagus kut...)
Doc: Selain demam,ada batuk ke?
Izan: Sy batuk,sakit tekak,kahak,selsema.Pagi tadi selsema dan hidung berdarah.
Doc:I'll check your body temperature,okey?
Izan: ok
Doc:You demam lagi....38 C.Hari ini i admit you kat ward ye?
Izan:Admit ward?Err...tapi doc sy datang dengan kawan sy.Nanti dia nak balik dengan ape?Tadi i yang drive keta.
(i'm seriously blur...)
Nurse: Takpa...dia bleh balik dengan sape2 nanti
Doc: Nanti you follow nurse...

Terasa bagai baru semalam aku discharge dari hospital setelah seminggu berada di wad.Pengalaman pertama yang menyakitkan kerana setiap pukul 5 pagi,misi akan suntik ambil blood sample,urine,kahak.Huh... jadi bahan experiment.Body temperature lak...asyik turun naik macam graf kat bursa saham.Thank God,i'm just had a long fever.Not a serious disease.Thank you so much for Kak Irah,Kak Nor,Mak Ndak's family and for all my friends who visited.









Hari Anugerah Kecemerlangan Murid 2009 SKA.



Hari Sabtu yg lepas,berlangsunglah Hari Anugerah Kecemerlangan Murid 2009 Sekolah Kebangsaan Alma.Acara yg paling aku nantikan adalah acara persembahan murid Pendidikan Khas. Tugas diberikan kepadaku sebagai AJK Dokumentasi(jurugambar di hari anugerah) namun atas rasa tanggungjawab sebagai seorang guru,aku turut membantu Kak Azyati dan Kak Sharifah melatih murid ku ketika sesi latihan selama 2 minggu berturut-turut.Bukan mudah melatih mereka, ini kerana daya ingatan mereka terlalu singkat walaupun hanya 3 step yg diajar.

Seminggu sebelum hari anugerah,kami dikejutkan dengan berita Kak Sharifah perlu menjalani pembedahan tonsil pada hari anugerah nanti.Mujurlah ada Kak Rina yg turut sama melatih murid dalam masa seminggu lagi.

Di hari anugerah,murid ku akan mempersembahkan tarian ala 60 an.Lagu Pabila Larut Malam nyanyian Allahyarhamah Saloma.Demi anak murid ku, aku capai spek hitam dan berada dibawah pentas menari bersama mereka.Soal malu....ku tolak ke tepi.Demi kamu...anak muridku.

Monday, July 13, 2009

Di tengah kekalutan demam...

Semalam aku demam lagi.Bukan setakat demam...batuk,selsema,sakit tekak.Semua dalam satu pakej.Entah kali yg ke brapa dalam bulan ni.Dah 2 kali jumpa doktor klinik yg sama.Sakit yg sama.....DEMAM.Nak ambil MC,rasa tak sampai hati...sebab dah berjanji dengan Kak Ana nak bawa murid ke Tesco Extra untuk Peraduan Mewarna.Dengan bersiap ala kadar(tak make up), aku memandu ke sekolah.
Setelah selesai semua urusan sekolah pada pukul 4.15 petang...aku bergegas ke parking sekolah untuk pulang ke rumah.Sebaik saja start enjin keta,tiba-tiba terlihat kelibat 2 org guru wanita melambai tangan memanggil nama ku....
Guru wanita A: Izan...mai sini sat..
Izan: Ada apa cikgu..
Guru wanita A: Ala...mai la sini sat...matikan dulu enjin keta tu...nak cakap lama nie...
Izan: Nak cakap lama? Benda apa...
(masa tu hati ni dah rasa lain macam)
Guru wanita A: Ala...kak nak tanya,Izan dah ada boypren ka blum?
Izan: Err....boypren....err....kenapa?
(Aduss...ape kes nih...soalan yg begitu direct nyerr..)
Guru wanita A: Boypren keja kat mana?
Izan: Err...hehe...ala kak tanya macam reporter ni...
(mampus guwe)
Guru wanita A: Laa...jawab la betul-betul....dia keja kat mana?
Izan: Err...Subang Jaya.
(otak ku gagal memberi jawapan lain)
Guru wanita A: Keja apa?
Izan:Keja...err...Jabatan Kebajikan Masyarakat.Kenapa?
Guru wanita A: Takda apa....kak nak tanya betul-betul ni..sebab kak ada sorang anak sedara yg blum kawin lagi.Umur dah 30 tahun lebih.Baru balik dari Rusia.Dulu asyik belajar...girlpren takda masa nak cari. Dah cari ramai calon..tapi dia taknak.
Izan: Saya dah ada boypren...on the way nak tunang...hehe
(dengan sepantas kilat aku menjawab)
Guru wanita B: Hmm...kita dah terlambat...tapi takpa..ala Izan kan blum tunang...ada peluang lagi ni...mana la tau klu ada jodoh.
Izan: Ala kak...nanti dia tengok saya langsung tak berkenan pulak...calon yg lain pun dia cakap tak berkenan....hehe
(puas aku menepis...Ya Allah,percepatkanlah masa berlalu)
Guru wanita A: Anak sedara kak cakap.. nak calon yg tinggi orgnya.Dia pun lebih kurang tinggi macam Izan.Kak pun ada bagi tau dia...ada seorg cikgu pendidikan khas yg tinggi...blum kawin.Nanti kak tanya cikgu tu dulu...hah...umur Izan brapa?
Izan:Err...27.
Guru wanita A: Haa...elok sangat la tu.
Izan: Hehe...maaf la kak.Nanti boypren saya nak campak kat mana....hehe
Guru wanita A: Takpa la...kak tanya saja.Tanya direct ni...sebab nak tau betul-betul.Nanti kak bagi tau dia..Izan dah ada.
Izan: Saya balik dulu ye kak...
(Dengan sopan santun gaya Perempuan Melayu Terakhir)
Sebaik saja masuk ke dalam keta, tangan ku jadi gabra.Enjin keta yg masih on....sekali lagi aku cuba hidupkan.Maka nya,bunyi ekzos keta mengaum kuat.Oppss...
Mungkin inilah debaran pertama kali yg dihadapi oleh semua gadis apabila di risik.Merisik cara direct kepada tuan empunya diri....dan soalan bertubi-tubi.
p/s: Yes,i am still single but not too desperate to get married.

Thursday, July 2, 2009

Murid ku


Tengahari ni Latihan Persembahan murid kelas pendidikan khas sempena Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.So plan B nye, kami melakukan aktiviti mewarna.