Monday, August 3, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan Murid 2009 SKA.



Hari Sabtu yg lepas,berlangsunglah Hari Anugerah Kecemerlangan Murid 2009 Sekolah Kebangsaan Alma.Acara yg paling aku nantikan adalah acara persembahan murid Pendidikan Khas. Tugas diberikan kepadaku sebagai AJK Dokumentasi(jurugambar di hari anugerah) namun atas rasa tanggungjawab sebagai seorang guru,aku turut membantu Kak Azyati dan Kak Sharifah melatih murid ku ketika sesi latihan selama 2 minggu berturut-turut.Bukan mudah melatih mereka, ini kerana daya ingatan mereka terlalu singkat walaupun hanya 3 step yg diajar.

Seminggu sebelum hari anugerah,kami dikejutkan dengan berita Kak Sharifah perlu menjalani pembedahan tonsil pada hari anugerah nanti.Mujurlah ada Kak Rina yg turut sama melatih murid dalam masa seminggu lagi.

Di hari anugerah,murid ku akan mempersembahkan tarian ala 60 an.Lagu Pabila Larut Malam nyanyian Allahyarhamah Saloma.Demi anak murid ku, aku capai spek hitam dan berada dibawah pentas menari bersama mereka.Soal malu....ku tolak ke tepi.Demi kamu...anak muridku.

No comments:

Post a Comment