Seawal pagi pukul 6.12pagi(16 Nov) aku menerima satu panggilan telefon dari mak. Mak berkata, "Abah ajak mak balik Kg.Sg.Tiang....dia dh beli beras pulut untuk bt ketupat".Sebaris ayat itu sudah cukup menyirap darahku hingga ke kepala.Perasaan aku mula tidak enak.Ada sesuatu yg mak cuba sembunyikan dari ku.Apabila mak menyedari aku mula syak sesuatu...mak pun berkata, "Dia nk rujuk balik lepas raya".Aku bertanya kepada mak, "Habis tu bini dia yg lagi satu tu macam mana?"Mak tidak menjawab sebarang kata.
Pada pukul 5 ptg, aku bertolak dari Bukit Mertajam ke Taman Selasih untuk mengambil mak dan adik2 pulang ke Kg.Kota Bukit seperti yg dirancang. Tiba di pintu gate rumah, mata aku tertancap pada kereta Saga BLM abah yg parking di dalam garaj rumah. Hujan lebat yg turun menyukarkan pandangan mata ku untuk melihat apa yg terjadi di dalam rumah. Dari dalam kereta, aku melihat abah keluar masuk rumah sesuka hatinya.Mak keluar bersama membawa beg pakaian. Adik ku Farhana, membawa masuk beg pakaiannya ke dalam kereta ku sambil berkata, "Mak suruh aku naik kereta hang".Lantas aku menjawab, "Hang panggil mak sat...aku nak cakap".Dari dalam kereta, aku melihat adik ku memanggil mak. Mak masuk ke dalam kereta ku.Belum sempat aku membuka mulut bertanya...mak memintas percakapan ku dan berkata,"Kita siapa....dia(abah) siapa?....Lagipun dia sakit tau dak....tak kesian ke"
Ku lihat wajah mak. Seperti dia telah lama membuat keputusan untuk pulang ke kg abah di luar pengetahuan ku.Seperti memberitahu ku...dia tetap akan pulang ke kampung abah walau apa pun terjadi.Keputusan nekadnya itu membuatkan aku berkata,"Klu macam tu, mak balik lah kg dengan dia(abah)....kakak tak balik."Aku menghidupkan kembali enjin kereta dan berlalu meninggalkan kawasan rumah dalam keadaan hujan yg sgt lebat.
Ketika dalam perjalanan kembali ke Bukit Mertajam, fikiranku sarat dengan pelbagai persoalan. Apa tujuan sebenar abah untuk kembali kepada mak??Bukankah lelaki itu yg melafazkan talak didepan hakim pada 20hb September yg lalu?Bukankah lelaki itu yg memukul dan menyeret mak dikhalayak ramai di depan kedai Pasembor Taman Selasih dulu?Memukul mak dengan kasut sekolah adik....penyapu, menumbuk muka....Bukankah lelaki itu?? Ya Allah berikanlah aku petunjuk Mu...Sesungguhnya aku tak daya berfikir lagi....
Apakah kerana tok wan di kg yg sakit tenat?? Tok wan pernah berkata," Harta aku cuma untuk hang(abah) dan Rizah(mak).....Aku tak terima menantu lain". Apakah sebab ini abah ingin merujuk kembali dengan mak?Ya Allah....lindungi lah ibu ku...
No comments:
Post a Comment