Hari ini genaplah sebulan mak dan abah bercerai. Selesai kes mahkamah, bermakna aku dan mak tak perlu lagi naik turun mahkamah syariah. Perasaan aku?? Kosong. Sekosong kami menerima khabar.. abah sebenarnya telah berkawen lain sejak 7 tahun lalu. Pembohongan terbaekk... selama 10 tahun. Perasaan mak??Lega. Walaupun aku melihat riak wajah mak yg sering kali redup.Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...
Kini mak dan adik2 adalah keutamaan ku. Mak dan adik2 masih lagi tinggal di rumah lama di Taman Selasih.Insyallah, suatu hari nanti akan aku belikan sebuah rumah baru untuk kita tinggal bersama. Jangan ditanya kenapa aku tidak kembali tinggal di rumah itu. Rumah itu terlalu menyedihkan bagiku. Aku tidak betah bermalam disitu walau satu malam. Biarlah apa org lain kata....Sesungguhnya mereka tidak mengerti apa yg kita lalui. Buat hati yg terluka...tabah lah menghadapi kerana andai takdirNya begitu...
No comments:
Post a Comment