Wednesday, March 17, 2010

Andai esok

Mak...
Jangan menangis lagi
Mak mesti kuat
Selalu kakak pesan
Mak mesti hidup gembira
Mesti banyak ketawa
Mesti cukup makan, cukup tidur
Biarlah apa yang dah terjadi
Kita mesti redha
Jangan sesekali ikut hati
Ingat pada adik-adik
Kakak tak selamanya ada disisi
Andai esok ku tiada lagi...

Tuesday, March 16, 2010

Bukan Sinderella

Kisah hidup yang penuh liku
Ibu tiri bermaharajalela
Si ayah yang lupa keluarga
Ibu kandung yang didera
Kisah adik-adik yang menderita

Penghujung cerita ini bukan bahagia
Ku terlupa
sebenarnya ada kisah
Bukan semua “Happily Ever After”...

Saturday, March 13, 2010

Sebutan kes 8hb

Dari awal lagi tarikh diberi aku dah berasa susah hati.Pertama, 8hb Mac adalah Hari Isnin....hari bekerja.Confirm aku tak dapat cuti. Nak harapkan siapa lagi...hanya aku satu2nya harapan mak. Aku cuba berbincang dengan GB..dengan harapan dia bleh consider.Malangnya dia cakap,"Afrizan, kamu masih dalam praktikal...kamu tak boleh cuti...kecuali MC". Hah...aku dah tau jawapan tu. Dalam otak.. aku dah rangka plan sakit perut untuk ambik MC...

Hari Isnin 8hb Mac 9.00 pagi adalah sebutan kes mak kali-2. Seperti biasa pagi tu aku akan drive keta ambil mak di rumah. Ku lihat mak tak putus berdoa...gementar seperti sebutan kes kali-1 dulu.Setibanya kami di mahkamah, aku dan mak terus ke kaunter pejabat agama.Aku cuba memohon untuk dapatkan tarikh sebutan kes pada hari Ahad sahaja. Malangnya seorg pegawai agama cakap kes tarikh hari Ahad dah penuh. Maknanya aku perlu ambik cuti setiap kali sebutan kes.Adoii...

Sebutan kes mak kali ini adalah rundingan secara aman hanya plaintif dan defenden sahaja yang perlu ada di bilik rundingan. Namun dari 10 minit pertama lagi, aku sudah mendengar suara mak dan abah bertelagah di dalam bilik rundingan.Suara saling bertingkah dan sesekali terdengar suara tangisan mak. Dari luar mahkamah aku sudah berasa tak sedap hati...seperti ada sesuatu yg akan berlaku.Dari luar,aku hanya mampu berdoa...semoga mak tak apa2...aku bimbang mak histeria...

Rundingan selesai pada pukul 10.45 pagi.Mak keluar dari bilik rundingan dengan mata merah berair.Tak sanggup rasanya aku nk bertanya mak apa2...Cukuplah penderitaan mak...cukuplah hari ini. Di dalam kereta, mak menangis menggongoi...sambil berkata, "Lelaki tak guna tu...tak akan bagi mak tuntut apa2 kalau nk bercerai"...

Huh...aku dah agak.Sebab tu selama ini Dia cuma akan balik pukul 3.00 pagi...supaya Dia bleh mengaku di mahkamah...Ya,Dia balik rumah selama ini.Sebab tu Dia bagi duit belanja dapur RM10 sehari....supaya Dia bleh cakap...Ya,Dia bagi duit makan. Sedangkan dengan nilai RM10 apa sangat la barang dapur yang boleh dibeli....untuk adik2 seramai 4 orang.Terasa kecil saja aku melihat Dia di kala ini... Hormat?? Perkataan itu dah lama terkubur dari ingatan ku.

Sunday, February 7, 2010

Mak

Hari ini adalah kali pertama sebutan kes mahkamah syariah bagi mak. Kami tiba ke mahkamah pukul 8.30 pagi. Ku lihat mak tak putus-putus berdoa sejak berada di dalam kereta. Dia kelihatan sungguh gementar. Aku juga gementar.Tapi sengaja aku menunjukkan riak muka tenang.Kerana aku satu-satunya kekuatan mak. Kami terus menuju ke kaunter pejabat agama.

Setelah 10 minit kemudian, ayah ku muncul di pejabat agama. Riak wajahnya masam dan matanya mencerlung kepada ku tanda marah. Dengan nada suara yang tertahan dia berkata kepada ku,"Aku bagi mengaji tinggi-tinggi...sekarang hang aib aku...pejabat aku kat belakang mahkamah ni saja". Dan aku sebenarnya sudah dapat mengagak reaksi ayah ku. Apabila mengingatkan diri aku berada di tempat awam, aku tahu ayah tak akan dapat membuat apa-apa terhadapku. Aku memandang wajah mak.Wajahnya kelihatan keruh.

Tepat pukul 9.00 pagi, ayah terus masuk ke dalam dewan mahkamah.Dia adalah orang yang pertama masuk ke dalam dewan.Dia kelihatan cukup bersedia. Aku dan mak mengambil tempat duduk baris kedua hadapan. Ku lihat mak masih lagi berdoa. Aku menghulur tangan mengenggam jari mak memberi kekuatan. Apabila tiba giliran sebutan kes mak,kedua-duanya dipanggil berdiri di hadapan hakim.Saat hakim bertanya kepada ayah,"Isteri kamu mahu bercerai(fasakh) ke atas kamu..adakah kamu juga mahu bercerai?" Ayah menjawab, "Tidak".Hakim bertanya sebanyak 2 kali dan ayah tetap menjawab"Tidak".Lantas hakim memutuskan kes ini ditangguh pada 8hb Mac dan dibawa ke rundingan secara damai oleh kedua- belah pihak.

Mak kelihatan lemah dan tertekan. Ayah ku memang seorang yang bijak berkata-kata. Bukankah dia yang berulang kali berkata pada mak... tidak tahan lagi dengan perkahwinan ini.Justeru apa lagi yang dia mahukan?Menggantung mak tak bertali?

Monday, November 16, 2009

Bukan niat mengungkit

Huhh…ntah la ni kali ke brapa agaknya aku mengeluh. Kata org.. tak baik mengeluh..seperti org tak bersyukur. Bukan tak bersyukur, cuma kadang2 masalah yg datang..agak berat untuk diatasi. Mengeluh sekadar melepaskan lelah ketika otak ni sarat dengan beban. Beban lama yg blum selesai. Beban yg bila diungkit akan menjadi barah dlm jiwa. Ku kira antara aku dan Dia dah lama selesai. Dah lama berakhir. Tapi ternyata aku silap.

Hubungan cinta pahit manis selama 3 tahun berkecai juga bila ada campurtangan pihak ketiga. Bukan aku tak pertahankan..tapi Dia hanya bisu berdiam diri. Aku sebenarnya malas nk mengungkit cerita lama. Ibarat menoreh kembali pisau di tempat luka yg sama. Tapi bila ada pihak yg menyalahkan aku atas semua yg terjadi..aku rasa that is unfair. Good things will does not work if only one side put an effort. Baju untuk majlis tunang dah siap ditempah, dulang dah siap tempah, barang2 hantaran dah beli…Aku kah yang bersalah? Aku kah yg tak cukup berusaha?

Last minute cancellation membuatkan my parent terdiam. My relatives semua tak berani nk tanya lebih2. Mungkin diorang takut aku nangis meraung. Semuanya pretend macam takda apa2 yg berlaku. Only God knows how I feel. Masih tergiang di telinga conversation between aku dengan mak Dia dlm tepon ketika malam raya. Terlalu byk soalan mencabar yg dikemukakan. Aku cuba sedapkan hati…mungkin it is just spontaneous conversation through the phone.

Alasan2 yg diberi semakin tak munasabah. Saat itu kepincangan hubungan semakin nampak ketara. I’m trying to forgive and forget about the cancellation. But the things become worst. Aku jadi fobia untuk menerima Dia kembali. Perasaan cinta turns to zero. Setelah berfikir panjang..i have to make one decision…to end up this relationship. Hanya itu saja cara untuk memaafkan Dia.

Hari ini otak aku kembali lelah. Lelah dengan peel Dia yg masih blum mahu memulangkan lagi barang2 kenangan aku..terutamanya album gambar masa kecil ku. Tepon tak diangkat…sms tak dibalas cukup menyesakkan otak ku. Apa lagi yg Dia mahu? Tak cukup kah lagi penjelasan ku?

Sunday, November 15, 2009

Makan angin di Cameron

On the way g Cameron Highlands
Ladang teh yg mendamaikan





It's me and Kak Aziah


Souvenior yg cun Rose Quartz + Citrine bracelet

** The pictures shown above is just only half of my vacation...bcoz i didn't bring camera...huhu



Monday, November 9, 2009

Lawatan ke Perlis

On the way g Perlis..

Kat main entrance Gua Kelam.


Kat batu ni ade serbuk berlian asli....Best Oooo


My 27th birthday.





My lovely besday present

It's time to melantak...hehe

Bersama my pupils..

How i miss my childhood...



It's me and Ostrich


Sebelum meninggalkan Ostrich Farm


Sebelum balik, singgah dulu makan laksa Kuala Perlis kat kedai D'Adna...


Cantik tak bj kait Padang Besar?....hehehe