Sunday, February 7, 2010

Mak

Hari ini adalah kali pertama sebutan kes mahkamah syariah bagi mak. Kami tiba ke mahkamah pukul 8.30 pagi. Ku lihat mak tak putus-putus berdoa sejak berada di dalam kereta. Dia kelihatan sungguh gementar. Aku juga gementar.Tapi sengaja aku menunjukkan riak muka tenang.Kerana aku satu-satunya kekuatan mak. Kami terus menuju ke kaunter pejabat agama.

Setelah 10 minit kemudian, ayah ku muncul di pejabat agama. Riak wajahnya masam dan matanya mencerlung kepada ku tanda marah. Dengan nada suara yang tertahan dia berkata kepada ku,"Aku bagi mengaji tinggi-tinggi...sekarang hang aib aku...pejabat aku kat belakang mahkamah ni saja". Dan aku sebenarnya sudah dapat mengagak reaksi ayah ku. Apabila mengingatkan diri aku berada di tempat awam, aku tahu ayah tak akan dapat membuat apa-apa terhadapku. Aku memandang wajah mak.Wajahnya kelihatan keruh.

Tepat pukul 9.00 pagi, ayah terus masuk ke dalam dewan mahkamah.Dia adalah orang yang pertama masuk ke dalam dewan.Dia kelihatan cukup bersedia. Aku dan mak mengambil tempat duduk baris kedua hadapan. Ku lihat mak masih lagi berdoa. Aku menghulur tangan mengenggam jari mak memberi kekuatan. Apabila tiba giliran sebutan kes mak,kedua-duanya dipanggil berdiri di hadapan hakim.Saat hakim bertanya kepada ayah,"Isteri kamu mahu bercerai(fasakh) ke atas kamu..adakah kamu juga mahu bercerai?" Ayah menjawab, "Tidak".Hakim bertanya sebanyak 2 kali dan ayah tetap menjawab"Tidak".Lantas hakim memutuskan kes ini ditangguh pada 8hb Mac dan dibawa ke rundingan secara damai oleh kedua- belah pihak.

Mak kelihatan lemah dan tertekan. Ayah ku memang seorang yang bijak berkata-kata. Bukankah dia yang berulang kali berkata pada mak... tidak tahan lagi dengan perkahwinan ini.Justeru apa lagi yang dia mahukan?Menggantung mak tak bertali?

No comments:

Post a Comment