Malam ini merupakan malam ke- 26 umat Islam mengerjakan terawih.Aku disini masih lagi MC(sakit org pompuan) selama seminggu. Rugi benar rasanya terpaksa melepaskan 10 malam-malam terakhir Ramadan. Namun aku tetap berharap di beri kesempatan oleh Allah S.W.T untuk menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri nanti. Buat pertama kalinya aku akan menunaikan solat Hari Raya di masjid Kg.Kota Bukit, tempat kelahiran ku.
Segala persiapan telah dibuat...hanya 2 perkara lagi yg belum selesai iaitu membeli baju raya adik-adik dan menukar duit raya di bank.Aku bercadang membawa mak dan adik-adik bershopping esok. Sebenarnya niat ni selalu tertangguh dek kesibukkan mak membuat biskut raya di rumah Kak Liza.Walaupun telah berulang kali aku menggesa mak supaya berehat saja di rumah, namun mak cakap dia boring dan sunyi. Dengan segala permasalahan rumahtangga yg dihadapi, aku membiarkan saja mak membuat biskut di rumah Kak Liza agar dia dapat melupakan seketika tekanan yg dihadapi.
Sebut mengenai bank...aku sebenarnya berasa agak terkilan.Tahun ini nampaknya aku tak dapat langsung sampul raya free daripada Ambank. Kebetulan hari Isnin yg lepas org terlalu ramai di bank ketika aku ingin membayar duit pinjaman kereta.Jadi aku terpaksa membayar menggunakan mesin cash deposit. Terpaksalah aku mungkir janji pada Kak Pah sebab tak dapat memberikan sekeping sampul raya Ambank pada dia, seorang yg gemar mengumpul sampul raya setiap tahun.
Harapan ku, semoga kehadiran Syawal yg tidak lama lagi akan memberikan sinar bahagia buat ku. Semoga semua awan mendung berarak pergi....