Wednesday, August 4, 2010

Ramadan

Hari ini genaplah lagi seminggu umat Islam akan menyambut bulan Ramadan.Tak sabar rasanya merasakan kembali suasana bulan Ramadan.Jika difikirkan kembali agak pantas masa berlalu.Ini adalah kali kedua aku menyambut bulan penuh berkah ini di Bukit Minyak...bersama keluarga angkat. Teringat kembali pengalaman berterawih di Masjid Tok Lebai Hashim tahun lepas.Semua muslimat memakai kain telekung dari rumah. Jika dilihat ketika malam kelihatan seperti lembaga putih yg berjalan.Ditambah pula, masjid tersebut terletak bersebelahan dengan kawasan tanah perkuburan Islam. Namun apabila akal mengatasi rasa takut, aku mula berfikir di bulan Ramadan tentulah iblis dan syaitan telah dirantai oleh Allah S.W.T.

Ketika solat terawih,surah-surah yang dibaca oleh pak imam agak pendek.Jadi kami semua dapat pulang ke rumah lebih awal dari kariah masjid lain...hehehe.Best jugak bila mendengar tazkirah selepas solat terawih. Tapi kami selalu berharap semoga ustaz yang memberi tazkirah dapat menyelitkan lawak jenaka...agar kami kurang menguap dan mengantuk tersengguk-sengguk.

Apa yang aku paling risau..adalah time bangun sahur. Dulu masa study, aku sering tido lewat... jadi liat sikit la nak bangun sahur...yang penting niat posa sebelum tido...hehehe(kantoi...) Tapi mak cakap, nanti bila dah kawen aku akan berubah...yeke mak??

Apa yang penting, Ramadan kali ini membuatkan aku tak sabar hendak merasai suasananya.Terasa terpanggil untuk menunaikan ibadah terawih.Rasa ingin tenang mengadapNya.