Semalam aku hampir2 terlupa tarikh perbicaraan mahkamah. Maklumlah dah 2 bulan kes ditangguhkan.Mujur aku belek purse semalam(sebenarnya kemas brg2 dlm handbeg...hehe).Mak pulak ingat tarikh perbicaraan kes adalah 4hb Mei...hai mujurlah...
Pagi ini seperti biasa aku akan ambik mak kat rumah. Kami tiba di mahkamah pukul 8.30 pagi. Aku terus menuju ke kaunter pejabat agama untuk memohon tarikh perbicaraan seterusnya iaitu pada hari Ahad sahaja. Ini kerana peguam yg kami lantik hanya boleh turun pd hari Ahad. Fuhh...lega rasanya kerana aku tak perlu ambik MC lagi.
Aku ada bertanyakan mak samada abah ingat tarikh perbicaraan ini....mak cakap, "Dia mesti ingat punya.Dia pakai kemeja hitam pagi tadi...."Aku pun pelik kenapa setiap kali kes perbicaraan dia mesti pakai kemeja hitam dia tu...Hari tu mak ada terjumpa kertas doa pengasih milik abah...ayat2 Al-Quran yg diterbalikkan.Bila aku tunjuk kertas tu pada ustaz Zul,dia cakap...tujuan doa itu untuk mengerunkan dan menakutkan org lain. Elehhh....aku tak takut pun...Lebih baik takut pd Allah S.W.T.....Allahuakbar...Allah Maha Besar...
Sebutan kes ini secara tertutup kerana tidak dihadiri peguam. Abah mengeluarkan surat pembelaan diri.Dia bersetuju melepaskan mak bila2 masa dengan syarat mak tidak boleh menuntut apa2 termasuklah nafkah mutaah dan nafkah ketika dalam ed'dah. Suara mereka bertengkar sayup2 kedengaran di dalam bilik tertutup itu. Namun tak sekeras perbicaraan kes lalu.
Lebih kurang pukul 9.50 pagi, mak keluar dari bilik itu dengan mata berair. Mak berkata padaku,"Tergamak dia buat mak macam ni....sampai nafkah dlm ed'dah pun dia tak bagi tuntut". Bagi aku semuanya telah lama berakhir sejak satu persatu kebenaran terbongkar. Segalanya datang dari petunjuk Allah buat isteri penghuni syurga...