Wednesday, March 17, 2010

Andai esok

Mak...
Jangan menangis lagi
Mak mesti kuat
Selalu kakak pesan
Mak mesti hidup gembira
Mesti banyak ketawa
Mesti cukup makan, cukup tidur
Biarlah apa yang dah terjadi
Kita mesti redha
Jangan sesekali ikut hati
Ingat pada adik-adik
Kakak tak selamanya ada disisi
Andai esok ku tiada lagi...

Tuesday, March 16, 2010

Bukan Sinderella

Kisah hidup yang penuh liku
Ibu tiri bermaharajalela
Si ayah yang lupa keluarga
Ibu kandung yang didera
Kisah adik-adik yang menderita

Penghujung cerita ini bukan bahagia
Ku terlupa
sebenarnya ada kisah
Bukan semua “Happily Ever After”...

Saturday, March 13, 2010

Sebutan kes 8hb

Dari awal lagi tarikh diberi aku dah berasa susah hati.Pertama, 8hb Mac adalah Hari Isnin....hari bekerja.Confirm aku tak dapat cuti. Nak harapkan siapa lagi...hanya aku satu2nya harapan mak. Aku cuba berbincang dengan GB..dengan harapan dia bleh consider.Malangnya dia cakap,"Afrizan, kamu masih dalam praktikal...kamu tak boleh cuti...kecuali MC". Hah...aku dah tau jawapan tu. Dalam otak.. aku dah rangka plan sakit perut untuk ambik MC...

Hari Isnin 8hb Mac 9.00 pagi adalah sebutan kes mak kali-2. Seperti biasa pagi tu aku akan drive keta ambil mak di rumah. Ku lihat mak tak putus berdoa...gementar seperti sebutan kes kali-1 dulu.Setibanya kami di mahkamah, aku dan mak terus ke kaunter pejabat agama.Aku cuba memohon untuk dapatkan tarikh sebutan kes pada hari Ahad sahaja. Malangnya seorg pegawai agama cakap kes tarikh hari Ahad dah penuh. Maknanya aku perlu ambik cuti setiap kali sebutan kes.Adoii...

Sebutan kes mak kali ini adalah rundingan secara aman hanya plaintif dan defenden sahaja yang perlu ada di bilik rundingan. Namun dari 10 minit pertama lagi, aku sudah mendengar suara mak dan abah bertelagah di dalam bilik rundingan.Suara saling bertingkah dan sesekali terdengar suara tangisan mak. Dari luar mahkamah aku sudah berasa tak sedap hati...seperti ada sesuatu yg akan berlaku.Dari luar,aku hanya mampu berdoa...semoga mak tak apa2...aku bimbang mak histeria...

Rundingan selesai pada pukul 10.45 pagi.Mak keluar dari bilik rundingan dengan mata merah berair.Tak sanggup rasanya aku nk bertanya mak apa2...Cukuplah penderitaan mak...cukuplah hari ini. Di dalam kereta, mak menangis menggongoi...sambil berkata, "Lelaki tak guna tu...tak akan bagi mak tuntut apa2 kalau nk bercerai"...

Huh...aku dah agak.Sebab tu selama ini Dia cuma akan balik pukul 3.00 pagi...supaya Dia bleh mengaku di mahkamah...Ya,Dia balik rumah selama ini.Sebab tu Dia bagi duit belanja dapur RM10 sehari....supaya Dia bleh cakap...Ya,Dia bagi duit makan. Sedangkan dengan nilai RM10 apa sangat la barang dapur yang boleh dibeli....untuk adik2 seramai 4 orang.Terasa kecil saja aku melihat Dia di kala ini... Hormat?? Perkataan itu dah lama terkubur dari ingatan ku.